KUALA LUMPUR – Umno wajar menjadi wadah penyatuan bangsa Melayu di tanah air ini, kata Ketua Pemuda Umno Kapar Afifi Aris.
Tegas beliau, Umno tidak boleh mengharapkan parti lain dan Umno tidak boleh menumpang parti lain.
“Kita tidak boleh mengharapkan mana-mana individu yang hari ini cuba menjadi payung orang Melayu.
“Kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, kita mengucapkan berbanyak terima kasih. Tetapi keadaan keuzuran Tun Dr Mahathir yang hari ini sedang dirawat dan sedang pulih daripada kesakitan. Kita minta Tun untuk terus berehat.
“Biarlah tugas pemuda Umno Malaysia untuk menjadi wadah menyatukan bangsa Melayu di tanah Melayu tercinta ini.
“Benar kata Ketua Pemuda Datuk Dr Akmal Saleh, kita mestilah mencari kembali, mengajak rakan-rakan seperjuangan kita yang berada di luar parti kita, yang mana kalah dalam pemilihan, yang mana tewas dalam pilihan raya umum, yang merajuk, yang terasa disisihkan untuk kembali bersama kita, berjuang bersama kita untuk memastikan berhadapan dengan pilihan raya umum
yang akan datang ini,” seru Afifi.
Dengan kebersamaan itu beliau berkata, Umno kembali solid, Umno kembali kuat, Umno mampu bertempur habis-habisan dalam satu pasukan Barisan Nasional (BN) memenangi induk dan majoriti mudah dalam membentuk kerajaan yang akan datang.
“Perpecahan Umno telah pun pernah berlaku pada pemilihan 1988 apabila Tim A dan Tim B terbentuk. Kita tidak boleh membenarkan ianya berlarutan dan berlaku sekali lagi dalam politik moden hari ini.
“Generasi kita cukup terbeban. Cukup berlaku banyak perkara yang mana mungkin iktibar-iktibar daripada yang terdahulu boleh kita sandalkan.
“Tetapi apa yang berlaku pada sejarah 1988, berlaku yang mana menuntut kita sebagai Pemuda Umn, mesti mengambil iktibar
bahawasanya pada ketika itu, orang Melayu bila melihat kita berpecah, mereka bertanya kepada sesama kita, kalau hari ini kita terus bergaduh, ke mana yang mahu kita bawa dan boleh harapkan?
“Dan semestinya pada ketika itu, Umno Johor dan bangsa Johor lah yang menjadi wadah penyatuan orang-orang Melayu untuk kembali kuat, untuk memastikan bangsa Melayu terus kukuh berada dalam Umno,” ujarnya.
Justeru, hari ini bila Pemuda kita pun ingin ingatkan kepada mereka yang pernah muda bahawa sesungguhnya bila kita sebagai seorang muda, bila kita bercakap mengenai Umno ataupun Melayu perlu bersatu, bukan bermakna kami nak masuk parti Bersatu.
“Bila kita bercakap Umno perlu kuat ikatan, bukan bermakna kita nak masuk parti Perikatan (PN), sebaliknya yang kita mahukan apabila hari ini mana-mana parti terutamanya parti yang didominasi oleh orang Melayu boleh duduk semeja, boleh berbincang, boleh bertanya dan bertukar pendapat bahawasanya keadaan Melayu mula tergugat.
“Sehubungan dengan itu, yang terancam adalah kita. Yang mana mengganggu gugat keharmonian di dalam negara kita ini bermula daripada mereka.
“Hari ini bukan bertindak kita kerana kurang ajar, tetapi tindakan mereka yang menyebabkan kita kurang ajar. Betul ataupun tidak? Mereka yang mencabar kita. Isu kalimah Allah bukan kita yang bertindak, tetapi mereka yang memulakan. Betul ataupun tidak?
“Isu ham di KK Mart. Bukan kita yang bertindak. Tetapi mereka memaksa kita memberikan rakyat. Tetapi dalam keadaan apa pun jua. Krisis telah pun berlaku. Kita
kena mengambil iktibar. Hari ini pemuda mesti mengambil jalan tengah. Kena mengambil jalan tengah untuk memastikan pemimpin-pemimpin kita kembali bersatu,” katanya.



