SPRM akan jumpa Menteri Pertahanan, KSU Mindef Rabu depan bincang ‘pembersihan’ ATM

KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan juga Ketua Setiausaha (KSU) kementerian, Datuk Lokman Hakim Ali, Rabu depan.

Kata Azam, pertemuan itu bertujuan membincangkan pelbagai isu termasuk kes siasatan SPRM terhadap ATM.

“Pertamanya kami akan bincang isu-isu yang sedia ada yang sedang dalam siasatan dan kedua ialah bincangkan langkah kehadapan tentang isu pembersihan di dalam ATM.

“Kami bersedia membantu Kementerian Pertahanan dan ATM terutama berkaitan pelan anti rasuah susulan keterlibatan kami dalam kes rasuah dalam pasukan tentera itu,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya pada Khamis.

Memetik Utusan, Azam berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pertahanan khususnya berkaitan Seksyen 7(c) Akta SPRM 2009 (pendidikan dan kesedaran mengenai rasuah) selain memberi nasihat dan menjalankan kajian kelemahan tatakelola.

Media sebelum ini melaporkan, Kementerian Pertahanan akan melaksanakan rombakan pelan antirasuah secara besar-besaran bagi membanteras rasuah dan segala kecurangan kuasa yang membarah dalam sistem pertahanan nasional, terutama dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), tahun ini.

Khaled dilaporkan berkata, semua proses tender dan perolehan akan disemak semula serta diperbaiki selari dengan amalan terbaik.

Beliau juga memberi amaran bahawa pegawai yang terbabit akan kehilangan segala-galanya sekiranya menjadi penyebab sektor keselamatan negara dikompromi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat