Kerajaan negeri Pahang tidak setuju UNITEN Muadzam Shah ditutup – MB Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang tidak bersetuju Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kampus Muadzam Shah ditutup.

Menurut Menteri Besarnya, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, kerajaan negeri akan terus mempertahankan supaya universiti yang ditubuhkan pada tahun 2001 ini terus beroperasi di Muadzam Shah.

Jelas Wan Rosdy, Penutupan pengoperasian UNITEN tersebut akan memberi implikasi yang tidak baik kepada anak-anak muda melanjutkan pelajaran dan merencatkan ekonomi setempat.

“Kerajaan Negeri Pahang menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang bermesyuarat pada hari ini menyatakan pendirian untuk tidak bersetuju terhadap cadangan penutupan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (KSHAS) di Muadzam Shah, Rompin.

“Malah, Kerajaan Negeri akan mempertahankan supaya universiti yang ditubuhkan pada tahun 2001 ini terus beroperasi di Muadzam Shah.

“Penutupan pengoperasian UNITEN tersebut akan memberi implikasi yang tidak baik kepada rakyat terutama berkaitan kelangsungan pengajian anak-anak muda dan peluang perniagaan serta pembangunan ekonomi penduduk setempat.

“Oleh itu, saya berharap agar cadangan untuk menutup universiti ini perlu dikaji semula demi kesejahteraan semua pihak,” kata Wan Rosdy menerusi kenyataan Facebooknya, pada Rabu.-SUARATV

 

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat