Tata kelola AP dan IP ditambah baik, tingkat daya saing negara -PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (MTEN) hari ini membincangkan mengenai penambah baikan tata kelola Approved Permit (AP) dan Permit Import (IP) ke arah meningkatkan daya saing negara.

Perdana Menteri berkata, adalah penting bagi kerajaan mencari satu formula yang bukan sahaja memberi keuntungan kepada pengguna tetapi juga kepada pengeluar tempatan terutama dalam memastikan keterjaminan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, beberapa perkara turut dipersetujui, antaranya setiap agensi kawal selia yang berkaitan diminta mengemukakan kaedah penambah baikan kepada Jemaah Menteri bagi meningkatkan kecekapan dan ketelusan proses analisa risiko import.

Beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, Ketua Audit Negara disaran untuk melaksanakan proses audit bagi sektor-sektor terpilih bagi memastikan pelaksanaan AP dan IP mencapai sasaran dan memenuhi matlamat yang telah ditetapkan.

Selain itu kata Anwar, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) diarahkan untuk melaksanakan kajian dan penilaian terhadap tata kelola dan pengimportan barangan halal.

“Manakala, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) diminta mengkaji isu berkaitan kewujudan kartel dalam isu pengimportan barangan berasaskan makanan,” ujar beliau dalam kenyataan pada Isnin.

Perkembangan lain, Perdana Menteri juga mengumumkan memperkukuh keberkesanan perbincangan dan keputusan MTEN beliau telah bersetuju menambah ahli-ahli tetap MTEN terdiri daripada Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Gobind Singh Deo, Menteri Digital; dan Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II.

“Mesyuarat hari ini juga telah menilai kemajuan pelaksanaan ke atas keputusan-keputusan yang telah dibuat MTEN pada tahun lalu.

“Terkait dengan pelaksanaan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang telah saya luncurkan pada 2 Januari 2024, mesyuarat telah membentangkan kemajuan semasa dan memberi pandangan langkah-langkah yang perlu diambil oleh agensi berkaitan.

“Ini terutamanya berkaitan keselamatan data dan kaedah untuk meningkatkan jumlah pendaftaran,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat