Presiden UMNO, veteran diminta ‘berehat’ bagi peluang orang muda

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi diminta berehat daripada memimpin parti itu dengan rasa hormat.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Mohd. Helmi Buang berkata, pendekatan pemimpin mesti ada perubahan yang ketara mengikut arus zaman.

Memetik laporan Utusan Malaysia, katanya, langkah berundur perlu turut sama dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO lain yang sudah berpenggal-penggal memegang jawatan kepemimpinan tertinggi, sekali gus memberi ruang serta peluang supaya parti itu dapat bergerak maju sesuai dengan masa.

“Tindakan ini penting agar generasi baru terus menghormati dan mencintai parti (UMNO),” kata Helmi.

“Pengunduran ini tidak bererti menyerah. Beliau masih dapat membantu UMNO dari luar dengan memastikan semangat juang generasi baru masih utuh,” kata Helmi.

Untuk rekod, Ahmad Zahid merupakan bekas menteri dalam negeri yang berdepan 47 tuduhan, iaitu 12 tuduhan pecah amanah berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi, 27 tuduhan pengubahan wang haram, dan lapan tuduhan rasuah.

Selain itu, beliau juga dituduh oleh bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa kerana bersekongkol dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Dakwaan sokongan ini bertentangan dengan dasar parti yang tidak pernah menyokong Anwar atau DAP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat