Rakyat boleh daftar suntik vaksin Covid-19 tak lama lagi – Dr Adham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengumumkan berita baik iaitu pendaftaran suntikan vaksin Covid-19 untuk rakyat akan dibuka tidak lama lagi.

Katanya, setiap individu akan menerima dua dos vaksin bagi memastikan perlindungan penuh daripada jangkitan virus itu.

“Mereka yang menerima vaksin perlu menyimpan kad yang akan kita berikan ketika kali pertama mereka diberi suntikan.

“Ini bagi memastikan mereka yang disuntik mendapat dos kedua mengikut tarikh yang ditetapkan, biasanya dalam julat 21 hari,” katanya semasa menjadi tetamu program Bicara Dr di RTM 1 semalam.

Adham bagaimanapun tidak memberitahu tarikh pendaftaran akan dibuka.

Pada masa sama beliau menegaskan penerima vaksin tetap perlu mengamalkan norma baharu bagi memastikan perlindungan optimum.

Hal ini kerana katanya, matlamat utama imunisasi Covid-19 ialah bagi melindungi petugas barisan hadapan, mengurangkan kematian, membentuk imuniti kelompok dan seterusnya memutuskan rantaian jangkitan pandemik itu.

Malaysia dijadualkan menerima vaksin Pfizer-BioNTech pada akhir Feb ini dan memperoleh kelulusan bersyarat daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat