‘Shooting’ di rumah artis

- Advertisement -

DEKORASI setiap rumah sama ada kecil, sederhana atau besar, terpulang kepada penghuninya mengikut cita rasa tersendiri.

Melihat ini sebagai peluang dalam perniagaan selain ruang untuk membantu golongan berkenaan mendapatkan kediaman pilihan, Rumah Artis muncul dengan pakej yang cukup berbaloi.

Selain menyediakan perkhidmatan perunding hiasan dalaman, di Rumah Artis juga pelanggan turut boleh mendapatkan barangan hiasan rumah dengan harga yang cukup berpatutan dan berkualiti serendah RM1.

Pelakon dan usahawan, Putra Amaris, 37, selaku pemilik Rumah Artis dan jurucakap, menjelaskan idea perniagaan ini tercetus melalui minatnya yang mendalam terhadap bidang dekorasi.

Dia juga berharap di masa akan datang, Rumah Artis mampu menjadi lokasi pusat sehenti bagi mereka yang ingin menghiasi kediaman mahupun apa juga ruang pilihan.

“Di sini bukan saja perabot, tetapi kami juga menyediakan perkhidmatan perunding hiasan dalaman bersama Azirun Ramly. Saya yakin dengan latar belakang Azirun sebagai pereka fesyen sebelum ini, mampu memberi kepuasan kepada pelanggan yang datang ke Rumah Artis.

“Lebih penting apa yang ingin saya sampaikan, Rumah Artis adalah lokasi tepat bagi mereka yang ingin mendapatkan idea mahupun produk perhiasan rumah dengan harga yang murah selain menepati cita rasa.

“Sebagai anak seni, saya juga tahu akan kesulitan yang dihadapi produksi kita dalam mendapatkan pelbagai produk perhiasan untuk menjayakan penggambaran. Di Rumah Artis juga kami menyediakan perkhidmatan menyewa barangan dekorasi termasuk menjadikan lokasi ini sebagai set,” katanya.

 

PUTRA Amaris - FOTO Aswadi Alias
PUTRA Amaris – FOTO Aswadi Alias

 

 

AZIRUN di samping barangan antik dalam Rumah Artis. - FOTO Aswadi Alias
AZIRUN di samping barangan antik dalam Rumah Artis. – FOTO Aswadi Alias

 

Menurut Putra Amaris atau nama sebenarnya Amran Ismail, bagi memastikan perniagaan ini mendapat tempat di hati penggemar hiasan dalaman, dia juga dalam perancangan membuka lebih banyak cawangan Rumah Artis dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Memang menjadi harapan saya supaya jenama Rumah Artis ini menjadi pilihan penggemar dekorasi dalaman. Sebab itu, kami juga dalam perancangan membuka lebih banyak cawangan kelak.

“Di sini, saya juga ingin meminta perunding hiasan dalaman yang ingin bernaung bersama kami untuk terus ke Rumah Artis. Memang kami memerlukan lebih ramai perunding hiasan dalaman yang mempunyai idea yang bagus dan lebih berani,” katanya lagi.

Sementara itu, selaku perunding hiasan dalaman di Rumah Artis, Azirun menganggap tanggungjawab itu sebagai ruang untuknya berkarya.

Walaupun bergelar pereka fesyen ketika ini, namun dia yakin untuk mencurahkan idea yang menarik dalam memberi kepuasan kepada setiap pelanggan Rumah Artis.

“Sesuai dengan slogan Rumah Artis ‘deko orang kaya, harga boleh kira’, saya bertanggungjawab untuk membantu pelanggan mencapai impian mereka dalam mendiami rumah dengan dekorasi pilihan.

“Kita tahu ada ramai yang skeptikal dengan perunding hiasan dalaman yang pada mereka akan mengambil kesempatan ketika mengenakan bayaran. Tetapi, di sini (Rumah Artis) menyediakan perkhidmatan yang memberi fokus kepada kemampuan pelanggan.

“Bukan itu saja, pelanggan juga boleh mendapatkan produk dekorasi rumah dengan harga yang mampu milik dari perabot sehingga sekecil-kecil produk seperti lampu meja. Saya mengajak mereka yang mungkin mencari-cari idea ataupun memerlukan bantuan dari segi nasihat, boleh ke Rumah Artis untuk mendapatkan bantuan dan bimbingan,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat