‘Raja’ segala laptop

- Advertisement -

BAGI penyedia kandungan dan penyunting visual profesional, perkara asas yang diperlukan adalah keupayaan sesebuah peranti untuk melakukan sebarang suntingan terutama membabitkan proses kompleks tanpa sebarang masalah.

Prestasi sesebuah peranti melaksanakan sintesis animasi serta bermacam lagi tugasan kompleks adalah perkara utama termasuk kecepatan masa ketika ‘rendering’ dilaksanakan untuk semua resolusi video.

Untuk semua kriteria berkenaan, jawapannya ada bersama produk baharu keluaran Apple iaitu MacBook Pro 16 inci versi 2021 yang dikuasakan dengan cip silikon baharu Apple iaitu M1 Max.

Menyentuh aspek spesifikasinya, pengguna boleh memilih dua variasi saiz iaitu untuk 14 inci atau 16 inci menggunakan dua variasi cip pemproses Apple M1 Pro dan M1 Max.

Untuk penggunaan yang lebih kompleks, penulis mencadangkan supaya pengguna memilih variasi MacBook Pro 16 inci dengan tetapan cip pemproses M1 Max yang menawarkan kuasa lebih baik daripada versi M1 Pro.

Penulis sememangnya melakukan sunting pelbagai jenis video resolusi ultra tinggi seperti 4K dan untuk video berdurasi 10 hingga 20 minit, tempoh sintesis atau ‘rendering’ mengambil masa 15 minit menggunakan MacBook Pro versi Apple M1.

Ujian yang dilakukan terhadap M1 Max ini pula hanya mengambil masa sekitar lima hingga tujuh minit untuk durasi video serta resolusi yang sama tanpa sebarang masalah.

Bagi ujian kedua pula, penulis melakukan enam lapisan video atau ‘layered’ video untuk resolusi 8K berdurasi setiap satu adalah enam minit dan tempoh sintesis berkenaan hanya mengambil masa kurang 12 minit.

Keupayaan bateri juga amat mengagumkan apabila penulis boleh melakukan tiga hingga empat suntingan video berdurasi 15 minit tanpa perlu menghidupkan punca kuasa dan bekalan bateri MacBook Pro masih mencukupi.

 

MACBOOK versi terbaharu ini sesuai untuk golongan profesional serta penyedia kandungan dan mampu melakukan sistesis pelbagai proses kompleks tanpa sebarang masalah.
MACBOOK versi terbaharu ini sesuai untuk golongan profesional serta penyedia kandungan dan mampu melakukan sistesis pelbagai proses kompleks tanpa sebarang masalah.

Menyentuh aspek rekaan pula, MacBook Pro 16 inci dengan padanan cip pemproses M1 Max ini tidak lagi didatangkan dengan bar sesentuh atau ‘Touch Bar’ di bahagian atas papan kekunci sebaliknya ia diganti dengan ‘Functional Key’ atau ‘F Key’.

Penulis berasakan bahawa pendekatan terbaharu oleh Apple itu sangat tepat kerana kebanyakan perisian suntingan masih menggunakan kekunci pintas daripada butang ‘F’ untuk semua tugasan.

Sesuai dengan peranti segmen profesional, pendekatan itu sangat bersesuaian untuk ‘golongan pro’ bagi melaksanakan penugasan suntingan tanpa masalah.

Seperti yang penulis katakan di awal tadi, pengguna boleh melakukan padanan spesifikasi, namun untuk pengalaman paling optimum, variasi MacBook Pro 16 inci adalah jawapannya yang dikuasakan dengan cip Apple M1 Max.

Secara keseluruhannya, Apple MacBook Pro 16 inci variasi 2021 bersama padanan M1 Max ini adalah ‘raja’ untuk semua laptop kelas prestasi di luar sana dan hasil suntingan video resolusi ultra tinggi juga adalah sangat pantas.

Keupayaan cip silikon keluaran Apple ini perlu diberikan pujian kerana ia sangat efisien daripada aspek kepenggunaan tenaga begitu juga dengan kuasa prestasi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat