Kereta Terbang Berbentuk Burung Gergasi Bakal Jadi Realiti – Phractyl

- Advertisement -

CAPE TOWN – Sebuah syarikat di Afrika Selatan mencipta kereta terbang yang boleh mendarat dan terbang secara menegak (VTOL) bagi memudahkan pergerakan manusia pada masa akan datang, lapor akhbar Daily Star semalam.

Dinamakan Macrobat, kenderaan berkuasa elektrik itu masih di peringkat prototaip.

Kenderaan itu kelihatan seperti seekor burung gergasi dan mempunyai sayap serta ‘kaki’ sama seperti haiwan itu.

Macrobat dilaporkan berupaya untuk terbang sejauh 150 kilometer (km) pada kelajuan 179 km sejam.

Menurut syarikat yang menghasilkan inovasi tersebut, Phractyl, mereka serius menjadikan Macrobat satu realiti dan merancang untuk mula menggunakannya sebagai kenderaan di rantau Afrika.

“Fokus utama kenderaan terbang ini adalah untuk mengatasi cabaran dalam sistem pengangkutan yang kritikal di Afrika.

“Ini termasuk memudahkan pergerakan orang ramai ke kawasan yang tidak boleh diakses menggunakan kenderaan darat konvensional,” demikian menurut kenyataan syarikat tersebut.

Macrobat boleh dipandu oleh seorang pemandu atau digunakan sebagai dron melalui sistem kawalan jauh.

Ia boleh digunakan untuk mengambil penumpang atau menghantar kargo.

Bagi jangka masa panjang, Phractyl menyasarkan untuk menjadikan Macrobat sebagai teksi udara untuk tujuan komersial. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat