Jentera SUPP Padungan bubar, Hong Seng bukan calon sebenar

- Advertisement -

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) terpaksa membubarkan jentera pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan berikutan calonnya, Wee Hong Seng, bukan calon disyorkan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Sabtu ini.

Pengerusinya, Datuk Lily Yong berkata, pihaknya hanya mengesyor dan menghantar dua calon iaitu Bong Lian Huan dan Jong Yean Pin kepada pimpinan tertinggi parti untuk pertimbangan.

Bagaimanapun, terdapat nama individu lain (Hong Seng) muncul dalam senarai syor itu, sehari selepas Presiden SUPP, Dr. Sim Kui Hian yang pada 2 Disember lalu memaklumkan, hanya nama Yean Pin dihantar kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pertimbangan penamaan akhir.

“Kami terkejut, kecewa dan tertipu kerana satu nama di dalam senarai syor calon bukannya ahli cawangan Kuching dan keahliannya kurang dari tiga tahun, yang melanggar perlembagaan parti untuk melayakkannya sebagai calon di atas tiket SUPP.

“Dengan ini, kami dukacitanya memaklumkan perubahan saat akhir oleh pemimpin parti yang telah menyebabkan kekacauan dalam jentera pilihan raya cawangan, kami tiada pilihan selain membubarkannya sahaja,” katanya memetik laporan akhbar tempatan semalam.

Kata Yong, pihaknya mendapat makluman dua calon disyor itu telah diserahkan kepada Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan beliau enggan campur tangan soal pemilihan calon Padungan dan hanya bertindak demikian jika terdapat konflik mengenai hal itu.

“Sekarang, siapa yang berkata benar? Dalam hal ini, kami memilih untuk mempercayai Abang Johari,” katanya.

Sementara itu, Hong Seng yang juga Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan di Facebooknya berkata, beliau akan merayu atas kapasiti sebagai calon GPS di Padungan dan sebagai rakan untuk menyelesaikan perselisihan faham dan perbezaan di bawah payung GPS dan SUPP.

“Saya dengan rendah diri meminta Yong membantu parti untuk memenangi semula kerusi Padungan yang selama ini dipegang DAP sekian lama. Saya ambil maklum kekecewaannya, dan akan berusaha mencapai konsensus selepas pilihan raya,” katanya.

Hong Seng berdepan saingan empat penjuru di Padungan dengan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen; Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi), Lina Soo dan Parti Bumi Kenyalang (PBK), Raymond Thong.

-UTUSAN ONLINE

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat