200 Objek Tak Dikenali Di Ruang Udara Sepantol Undang Perdebatan Di Internet

- Advertisement -

MOSTOLES – Sebuah klip video yang memaparkan sejumlah objek terbang tidak dikenali (UFO) di langit bandar Mostoles, Sepanyol, menimbulkan perdebatan netizen dengan ada yang mempercayainya sebagai kapal angkasa makhluk asing selain terdapat juga yang menganggapnya sebagai dron.

Menurut laporan akhbar Daily Star, seorang pengguna laman perkongsian Reddit memuat naik klip video tersebut dan mendakwa bahawa dia melihat kira-kira 200 UFO di langit.

Berdasarkan video tersebut, objek-objek itu dilihat berbaris dalam formasi hampir sebaris sebelum ia mula bergerak ke atas dan bawah.

Beberapa orang awam turut berada di luar kereta masing-masing untuk melihat fenomena tersebut.

“Ini adalah kejadian yang luar biasa. Objek-objek itu berada di situ memerhatikan kami.

“Ia agak mengelirukan namun tiada sebarang penjelasan lanjut mengenainya,” kata pengguna tersebut.

Tambahnya, dia percaya bahawa objek tersebut berasal dari angkasa lepas, namun ramai netizen menganggap bahawa ia sekadar pertunjukan dron.

“Anda boleh mendengar kipas dron itu berbunyi dengan jelas,” kata seorang pengguna.

“Anda pasti bergurau. Itu hanyalah dron, dan sila kekal fokus,” tulis seorang lagi.

Pengguna berkenaan bagaimanapun membidas komen-komen tersebut dengan menyatakan bahawa bilangannya yang banyak menjadi faktor dia percaya bahawa objek tersebut berasal dari angkasa lepas.

“Tedapat kira-kira 200 buah objek tersebut dan agak sukar untuk mengawal 200 dron dalam satu-satu masa dengan jarak sekitar satu kilometer dari tanah,” katanya. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat