89 Peratus Pengundi Awal Keluar Mengundi PRN Sarawak – SPR

- Advertisement -

KUCHING – Sejumlah 89 peratus atau 18,141 orang telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak, hari ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, proses tersebut berlangsung bermula 8 pagi tadi.

Sehubungan itu, beliau berkata merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini.

“Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara.

“Selain itu, penghargaan turut diberikan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Pihak Berkuasa Tempatan, media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR,” katanya dalam kenyataan tersebut, pada Selasa.

Sebanyak 85 pusat mengundi dibuka bagi membolehkan seramai 23,043 pengundi awal menjalankan tanggungjawab mereka.

Daripada jumlah tersebut, 12,585 adalah anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), manakalan 10,458 anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan.

SPR menetapkan 18 Disember ini sebagai hari pengundian.

Pada PRN11, peratus keluar mengundi ialah 72 peratus daripada 24,604 pengundi awal. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat