Belanjawan 2021 KWP Lulus

- Advertisement -

CYBERJAYA: Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2021 bagi Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) diluluskan melalui undian belah bahagian yang telah dijalankan.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, semasa sesi undian belah bahagian tersebut, 110 bersetuju, 7 tidak bersetuju, 31 tidak mengundi dan seramai 72 ahli Dewan Rakyat tidak hadir.

KWP diperuntukan sebanyak RM957 juta semasa Perbentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Senator Dato’ Seri Tengku Zafrul pada 06 November lepas.

Terdahulu pada sesi menggulung, Menteri KWP Tan Sri Annuar Musa menyelar Teresa Kok yang mempersoalkan hak orang yang tinggal di Kuala Lumpur.

“Saya ak bagi keutamaan kepada satu isu yang penting dibangkitkan oleh Seputeh, walaupun gilirannya agak kebelakang tapi saya jawab mendahulukan kerana saya tahu Seputeh sangat penting dan begitu sekali berminat,

“Pertama saya ingin mengingatkan Seputeh, Kuala Lumpur ini bulan orang orang Kuala Lumpur sahaja, Disini ada orang Kelantan, Terenggau, Johor dan seluruh Malaysia. Jadi nasihat saya kepada Seputeh, jika hendak terus jadi wakil rakyat, jangan buat orang lain kecil hati kerana Wilayah Persekutuan bukan milik orang Kuala Lumpur sahaja,

“itu nasihat saya yang pertama,” jelasnya di Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Ianya susulan tindakan Teressa Kok yang mempersoalkan tindakan Annuar Musa yang memberikan kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai secara bebas bermula 15 November lepas.

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyatan mahu menjadikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seolah-olah seperti kawasan parlimennya di Kelantan dimana peniaga bebas berniaga dimana-mana kawasan yang sesuai di sekitar bandar raya itu.

“Konsep Wilayah bebas berniaga tidak bermaksud membelakangkan peruntukan undang-undang sedia ada,” tegasya.

Setakat ini, sebanyak 23 Kementerian lulus dalam RUU Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat Jawatankuasa.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat