Ahli Parlimen jalani kuarantin perlu pakai PPE ke Dewan Rakyat – Speaker

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tiga Ahli Parlimen yang menjalani perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) boleh hadir ke persidangan Dewan Rakyat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE).

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata Ahli Parlimen berkenaan akan dibawa menaiki ambulans dan sejurus tiba di Parlimen akan ditempatkan di bilik khas.

“Saya difahamkan pagi ini terdapat tiga orang meminta kebenaran datang (Parlimen). Kalau mereka ingin mengundi perlu memakai PPE dan akan masuk melalui pintu Galeri Awam Dewan Rakyat.

“Undi akan diambil daripada mereka dan penghitung serta pemerhati terpaksa memakai pelindung muka,” katanya selepas Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) membangkitkan isu kehadiran Ahli Parlimen yang sedang menjalani kuarantin ke Dewan Rakyat.

Beliau berkata selepas mengundi, Ahli Parlimen terlibat perlu meninggalkan Galeri Awam bagi mengehadkan pendedahan dengan semua orang di Parlimen.

Azhar berkata beliau tidak mengubah SOP tetapi pematuhan itu ditentukan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) serta Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

“Saya perlu minta kebenaran Ketua Pengarah Kesihatan iaitu kalau dibenarkan, mereka (Ahli Parlimen) perlu mengikut SOP ditetapkan beliau, bukan daripada saya,” katanya.

Dalam pada itu, Azhar berpendapat perkara itu perlu ditetapkan supaya Ahli Parlimen mematuhi perintah yang dibuat.

Media hari ini melaporkan tiga Ahli Parlimen berkenaan ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan; dan P. Prabakaran (PH-Batu).

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat