Ahli Parlimen Kimanis Nafi Beri Sokongan Kepada Anwar

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Alamin menyangkal dakwaan bahawa beliau ‘sebahagian’ daripada wakil rakyat UMNO, yang menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohamad berkata perkara tersebut (akuan bersumpah) adalah tidak benar sama sekali, dan sebagai seorang peguam beliau faham akan kesan dan niat sesuatu SD itu dibuat.

“Saya ingin menyatakan seperti berikut, bahawa saya menafikan telah menandatangani SD dengan niat menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri,” katanya menerusi kenyataan media, di sini malam ini.

Penafian itu dibuat berikutan laporan sebuah televisyen swasta hari ini mendakwa Presiden PKR itu telah meraih SD, dalam kalangan ahli parlimen termasuk 10 daripadanya adalah dari UMNO.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, turut menyangkal dakwaan yang sama – Bung Radin

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat