Tular Perbualan Akmal, Ada Pihak Cuba Jahanamkan Keharmonian PKR – Amiruddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebaran perbualan Ketua AMK, Akmal Nasir yang tular baru-baru ini dipercayai didalangi pihak berniat mahu memecah-belahkan muafakat pimpinan dalam parti itu, kata Pengerusi PKR Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Susulan ‘ketegangan’ itu, katanya, hal berkenaan sepatutnya diselesaikan secara muafakat dan menerusi perbincangan dalam parti bahkan pada masa sama memberi ruang kepada anggota dan pimpinan mengemukakan pandangan.

“Kalau ia ditularkan, disebarkan pasti ada niat-niat tertentu yang ingin memecah-belahkan dan berniat kurang baik. Justeru nasihat saya, kita elakkanlah hal-hal tersebut.
“Jika ada masalahmungkin bukan baru, mungkin bukan hari ini, mungkin hal itu telah selesai tetapi bentuk-bentuk teks ini kemungkinan akan berpanjangan. Orang yang baca hari ini konteksnya lain, yang 10 tahun lepas atau 15 tahun lepas.

“Saya rasa elok ia diselesaikan secara muafakat dalaman parti melalui perbincangan kerana PKR menjunjung demokrasi seharusnya memberi ruang kepada anggota-anggota, pimpinan-pimpinan mengemukakan pandangan serta hala tuju yang akan membawa parti berhadapan PRU dan meneruskan agenda reformasi,” katanya memetik laporan Malaysia Gazette, hari ini.

Terdahulu, satu tangkap layar perbualan tersebar di media sosial yang dipercayai membabitkan Akmal dan beberapa pemimpin PKR.

Kandungannya antara lain menyelar presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap Ketua Pembangkang berkenaan.

Sehingga kini Akmal masih belum membuat penjelasan berhubung penularan tangkapan layar berkenaan.

Susulan itu Akmal didesak oleh barisan Exco AMK semalam untuk meletakkan jawatan.

Ditanya sama ada patut atau tidak Akmal dan individu yang terlibat dipanggil untuk memberikan penjelasan kepada pucuk pimpinan, Amirudin menyerahkan keputusan itu dibuat oleh Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat.

Namun yang pasti bagi beliau ia perlu diselesaikan secara berhemah.

“Ia saya pulangkan kepada pucuk pimpinan parti, Biro Poltik, Majlis Pimpinan Pusat.

“Saya mungkin ada pandangan saya sendiri tapi hal tersebut baik dikemukakan secara berhemah dalam parti serta dalam mesyuarat-mesyuarat parti,” jelas Menteri Besar Selangor itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat