UMNO Sipitang Tidak Sokong Kerjasama BN –PH, Tutup Bilik Gerakan di DUN Sindumin

SIPITANG, – UMNO Bahagian Sipitang hari ini mengumumkan pendirian untuk tidak menyokong keputusan Barisan Nasional (BN) Sabah bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam PRN Sabah, khususnya di kawasan DUN Sindumin.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa UMNO Sipitang yang dipengerusikan Ketuanya, Abd Rahman Mohd Noh, bagi membincangkan perkembangan selepas pengumuman calon BN Sabah pada 9 November.

UMNO Sipitang menyatakan rasa dukacita apabila BN Sabah tidak diberi ruang untuk meletakkan calon di DUN Sindumin. Namun bahagian itu tetap menghormati keputusan parti yang menamakan Datuk Mohd Nazri Abdullah sebagai calon BN di DUN Lumadan.

Dalam mesyuarat itu, UMNO Sipitang memutuskan untuk memberi sokongan penuh kepada calon UMNO di Lumadan dan akan menggerakkan jentera sepenuhnya bagi memastikan kemenangan BN di kerusi tersebut.

Pada masa yang sama, UMNO Sipitang menolak sebarang kerjasama dengan PKR atau PH di Sindumin. Pendirian itu dibuat selaras dengan perlembagaan parti yang tidak membenarkan jentera membantu mana-mana individu yang pernah mengkhianati atau dipecat daripada UMNO.

Semua 17 bilik gerakan UMNO di kawasan DUN Sindumin turut diarahkan ditutup serta-merta. Jentera Barisan Nasional di kawasan berkenaan tidak dibenarkan menggunakan premis tersebut untuk apa-apa tujuan politik pihak lain.

Abd Rahman berkata keputusan itu dibuat bagi mempertahankan maruah dan prinsip perjuangan UMNO di Sipitang, serta memastikan jentera parti kekal bergerak dalam kerangka yang dipersetujui bersama.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat