PM Kemboja, Thailand nyata komitmen cari penyelesaian, patuhi Perjanjian Damai Kuala Lumpur – Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam telah membuat panggila telefon serentak Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul.

Isi perbualan ketiga-tiga pemimpin negara itu berkisar perbincangan perkembangan usaha damai susulan insiden terkini di sempadan kedua-dua negara.

“Saya telah berbicara dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul menerusi telefon untuk membincangkan perkembangan usaha damai susulan insiden terkini di sempadan kedua-dua negara.

“Alhamdulilah, kedua-duanya memberikan maklum balas positif serta menegaskan komitmen untuk mencari penyelesaian damai, seterusnya mematuhi perkara yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Damai Kuala Lumpur.

“Saya menegaskan pendirian Malaysia untuk melihat persahabatan dan gencatan senjata antara kedua-dua negara diperkukuh selaras persefahaman yang termeterai di Kuala Lumpur hujung bulan lalu.

“Saya juga menyatakan kesediaan Malaysia untuk terus memainkan peranan sebagai pemudah cara dalam merintis jalan damai ini,” jelas Anwar.

Menurut beliau lagi, kedua-dua Perdana Menteri turut menyampaikan penghargaan atas pendirian Malaysia serta peranan yang kita galas, bukan sahaja sebagai Pengerusi ASEAN tetapi juga selaku sahabat dan jiran serantau yang mendambakan keamanan.

“Semoga kedua-dua negara terus menunjukkan kesungguhan dan keberanian untuk mengembalikan kestabilan di perbatasan demi keamanan yang berkekalan di rantau ini, dan demi keselamatan rakyat kedua-dua negara,” ujar Anwar.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat