Hanya Skuad Sabil anggota APM layak dapat elaun kerajaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pimpinan Skuad Sabil tampil menangkis dakwaan kononnya pasukan sukarelawan Umno itu diberi elaun oleh kerajaan.

Sebaliknya, menjelaskan insentif itu terhad kepada ahli menganggotai Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Setiausahanya Mohd Razi Othman berkata, masih ramai keliru dan beranggapan elaun itu diberi kepada keseluruhan pasukan sehingga menimbulkan isu, terbaru dibangkitkan Ahli Parlimen Kuala Krai Abdul Latiff Abdul Rahman dari Perikatan Nasional (PN).

Beliau menjelaskan hanya ahli menganggotai APM menerima elaun itu dan mereka diterima selepas menyertai latihan serta kursus wajib selama 16 jam disediakan APM.

“Untuk bertugas dalam misi bantuan bencana seperti banjir, anggota Skuad Sabil perlu melapor diri di pejabat APM terlebih dahulu.

“Hanya anggota memiliki nombor badan APM dan telah berkursus layak menerima elaun,” lapor FMT.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Latiff dari PAS di Dewan Rakyat semalam yang menggesa pasukan sukarelawan partinya dikenali Jabatan Amal turut diberi elaun seperti Skuad Sabil dengan mengiktirafnya sebahagian ahli APM.

Dakwanya, pasukan diselia Pemuda PAS itu lebih berpengalaman dalam mengendalikan operasi ketika bencana berbanding Skuad Sabil.

Razi mengakui Jabatan Amal sebagai badan sukarelawan lebih berpengalaman namun mereka perlu mengikuti prosedur untuk menganggotai APM bagi membolehkannya menerima elaun.

“Ini penting bagi memastikan semua anggota mematuhi prosedur keselamatan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat