Tian Chua Bukan Lagi Ahli PKR – Prabakaran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Batu, P Prabakaran meminta agar calon Bebas, Tian Chua berhenti daripada mengelirukan pengundi di kawasan tersebut.

Beliau berkata, ia berikutan Tian Chua yang juga bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sudah secara automatik bukan lagi anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) disebabkan tindakannya bertanding menentang beliau yang merupakan calon PH.

Katanya, tindakan Tian Chua yang menggambarkan diri sebagai berpendirian selari dengan PH itu juga disifatkan sebagai satu bentuk manipulasi bertujuan menarik undi daripada gabungan tersebut.

“Disebabkan Tian Chua mengatakan pendirian dia adalah sama dengan PH dan satu undi untuk dia adalah sama dengan undi untuk PH, jadi jawapan saya adalah ini satu kenyataan mengelirukan pengundi di Parlimen Batu.

“Kalau beliau mempunyai pendirian yg sama, beliau tidak sepatutnya bertanding atas tiket Bebas menentang PH,” katanya dalam satu sidang media di pejabatnya di sini, pada Isnin.

Penjelasan Prabakaran itu dipercayai merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Tian Chua pada Ahad.

Prabakaran yang merupakan penyandang kerusi Parlimen tersebut berkata, keputusan pemecatan Tian Chua itu adalah rasmi dan selari dengan perlembagaan parti.

“Dalam perlembagaan parti, apabila anggota parti melawan dengan calon (daripada parti) sendiri, dia akan secara automatik dipecat serta-merta.

“Tapi surat-menyurat itu adalah kerja pentadbiran yang akan berlaku selepas pilihan raya,” ujarnya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,480FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat