Malaysia komited pastikan Myanmar kembali jadi negara demokrasi- Menteri Luar

- Advertisement -

KUANTAN- Kerajaan Perpaduan Negara (NUG) dan Majlis Perundingan Perpaduan Negara (NUCC) perlu diberikan kuasa untuk mengembalikan demokrasi di Myanmar.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengulangi pendirian Malaysia untuk memastikan demokrasi kembali di Myanmar selepas rampasan kuasa berlaku pada Februari 2021.

Katanya, Malaysia komited untuk memastikan Myanmar kembali sebagai sebuah negara demokrasi agar lebih stabil pada masa akan datang.

“Malaysia tidak menyokong kerajaan junta yang mahu mengadakan pilihan raya tahun depan kerana beberapa undang-undang dalam Perlembagaan negara kerana dianggap berat sebelah.

“Kerajaan junta dianggap tidak bermoral tak ada untuk bercakap mengenai pilihan raya kerana pilihan raya yang diadakan Myanmar sebelum ini diakui bebas oleh pemerhati antarabangsa,” katanya.

Terdahulu, Saifuddin membuat sidang video
bersama Setiausaha Agung Pertubuhan PBB, Antonio Guterres yang transit di Malaysia kerana dalam penerbangan ke Bali, Indonesia bagi menghadiri Sidang Kemuncak Negara Anggota Kumpulan 20 (G20).

Dalam pada itu, Guterres mengulangi pendirian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membantu Myanmar keluar dari kancah ketidakstabilan politik.

Katanya, tahanan politik di negara berkenaan juga perlu dibebaskan kerajaan junta kerana penahanan mereka dianggap tidak sah.

“PBB menerusi Majlis Keselamatan komited memastikan demokrasi dikembalikan kepada Myanmar dan pelbagai bantuan kemanusiaan lain dapat disalurkan kepada negara berkenaan.

“Negara berkenaan juga perlu menerima dan tidak mendiskriminasi etnik Rohingya yang sudah lama tertindas di negara sendiri,” katanya.

Dalam pada itu katanya, kerajaan mahu bantuan kemanusiaan yang diberikan kepada Myanmar menerusi sebuah forum membabitkan pelbagai negara seluruh dunia.

Jelasnya, kini banyak badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu menyalurkan bantuan kemanusiaan namun enggan bekerjasama dengan kerajaan junta.

Beliau berkata, bagi menyelesaikan masalah itu, Malaysia mencadangkan sebuah forum yang dianggotai pelbagai negara diwujudkan.

“Kini banyak NGO dari seluruh dunia mahu menyalurkan bantuan di Myanmar namun mereka enggan bekerjasama dengan kerajaan junta,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat