‘Bawa anak-anak pergi jumpa Upin dan Ipin, Upin dan Ipin tak ada’ sindir Guan Eng kepada SPR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Setiuausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyelar kekangan yang dikenakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Dalam ucapanya pada Konvensyen DAP Selangor pagi tadi beliau mendakwa, kekangan yang dilakukan adalah tidak adil kepada barisan parti pembangkang khususnya kepada Pakatan Harapan.

“Kita kempen kita pun kena jaga-jaga, nanti kena saman RM4,000. Pakai logopun mungkin boleh saman. Kita pakai boleh kena saman, mereka pakai tak ada masalah. Ini kita lihat macam mana adilnya SPR,” katanya di hadapan hadirin pada konvensyen tersebut.

Tambah beliau sekatan dan peraturan yang dikenakan oleh SPR pada PRN Melaka juga menjadikan PH seolah-olah diikat kaki dan tangan kerana tidak mampu keluar untuk berkempen secara bersemuka seperti kelazimannya.

“Macam mana boleh kempen dalam keadaan ini? Pilihan raya calon tak boleh bersemuka dengan pemilih, tak boleh perkenalkan diri dengan pengundi, ini apa punya pilihan raya?

“Macam kita beli tiket untuk pergi konsert, tak ada penyanyi. Bawa anak-anak pergi jumpa Upin dan Ipin, Upin dan Ipin tak ada. Inilah pilhan raya negeri Melaka sekarang.

“Tetapi sungguhpun di mana tangan kita diikat, kaki kita diikat, mulut kita disumbat, mata kita ditutup… kita terus akan lawan,” jelasnya lagi.

Kempen PRN Melaka yang telah bermula menyaksikan beberapa parti politik bersungut dengan syarat SOP yang dikeluarkan agak ketat oleh pihak SPR, termasuk Barisan Nasional sebelum ini.

Tarikh mengundi bagi PRN Melaka dijadualkan akan berlangsung pada 20 November ini.

-ASTRO AWANI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat