Kebenaran buka masjid, penetapan jumlah jemaah tertakluk bidang kuasa negeri

RUU Perbekalan Belanjawan 2021 Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli Lulus

CYBERJAYA: Dewan Rakyat sebentar tadi meluluskan satu lagi Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 bagi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli berjumlah RM2.1 bilion. Pada sesi...

PKPB dilanjutkan atau sebaliknya, pakar berbeza pandangan

KUALA LUMPUR: Pakar kesihatan awam berbeza pandangan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri yang akan berakhir 6 Disember ini, wajar...

Dr Mahathir tawar diri jadi saksi kes saman ‘Langkah Sheraton’

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menawarkan dirinya menjadi sebagai saksi di mahkamah berhubung tindakan 10 pengundi Parlimen Gombak mengambil...

RUU Perbekalan Belanjawan 2021 Kementerian Pembangunan Luar Bandar Lulus

CYBERJAYA: Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2021 bagi Kementerian Luar Bandar (KPLB) diluluskan oleh Dewan Rakyat, sebentar tadi. Kelulusan bagi KPLB diluluskan melalui undian suara setelah...

PM jumpa Zahid dan Abdul Hadi

KUALA LUMPUR - Dalam atmosfera ledakan krisis politik kerajaan Perikatan Nasional (PN) namun, kelihatan tiga tokoh pemimpin utama parti politik ini berbincang dalam suasana...

KUALA LUMPUR: Kebenaran membuka masjid dan penetapan jumlah jemaah semasa penularan wabak COVID-19 ketika ini, adalah tertakluk bawah bidang kuasa negeri serta tidak terletak dalam bidang kuasa kerajaan Persekutuan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, perkara berkaitan hal ehwal agama Islam terletak di bawah kuasa negeri dan sebarang keputusan perlu mendapat perkenan Sultan atau Raja di negeri berkenaan.

“Majlis Keselamatan Negara boleh membuat Prosedur Operasi Standard berkaitan pelbagai bidang tetapi tidak boleh kepada masjid.

“Apa sahaja perkara berkaitan agama, adalah di bawah kuasa negeri dan mesti diperkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan setiap negeri. Kita tak boleh buat (buka masjid sepenuhnya) macam Turki kerana kita mesti berdasarkan keputusan negeri-negeri,” katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara yang disiarkan Bernama TV di sini, malam ini.

Ismail Sabri berkata demikian ketika ditanya mengenai isu penetapan jumlah jemaah di masjid dan sama ada Malaysia boleh melaksanakan pendekatan Turki yang membenarkan masjid dibuka walaupun terdapat ancaman COVID-19.

Mengulas lanjut, beliau berkata hal ehwal agama Islam misalnya mengenai jumlah jemaah yang dibenarkan hadir di masjid-masjid di Wilayah Persekutuan, bergantung kepada keputusan Yang di-Pertuan Agong.

-BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan