KUALA LUMPUR – Ketua Armada Bersatu yang akan melepaskan jawatannya, Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal, berkata penggantinya sebagai mesti bersih, bebas skandal, boleh bekerjasama dengan Pemuda Pas dan boleh menentang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa takut dikenakan sebarang tindakan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang yang memegang jawatan itu sejak 2020 mengingatkan perwakilan Armada agar memilih penggantinya boleh bekerjasama baik dengan Pemuda PAS selain lantang dan berani menandingi Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh.
Pemilihan Ketua Armada Bersatu yang akan berlangsung bulan depan memperlihatkanpertarungan dua calon iaitu antara Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (Adun) kawasan Gombak Setia menentang Akmal Zahin Zainal Zahir yang sebelum ini merupakan Pengerusi Tetap Armada Bersatu pada pemilihan parti tersebut bulan depan.
“Silap pilih kita khuatir peluang Bersatu dan PN menang PRU16 terjejas akibat liabiliti ditanggung parti dan penyokong kita.
Jadi saya nampak sesiapa saja yang menjadi ketua Armada (Pemuda) atau (duduk) dalam MPT perlu benar-benar bersih daripada sebarang skandal, integritinya baik supaya bila nak lawan Anwar (Ibrahim), dia berani nak tegur, kata Wan Fayhsal dalam wawancara bersama FMT.
Kenyataan Wan Ahmad itu tampak seperti meminta perwakilan Armada menolak Adun Gombak Setia, Hilmann Idham dari kem Datuk Seri Azmin Ali.
Selain Azmin yang pernah yang dikaitkan tuduhan bersifat skandal seks dan rasuah, Hilman sendiri pernah menjadi subjek keterangan seorang mangsa rogol yang mengakui pernah mempunyai hubungan sulit dengan Adun tersebut.
Malah dalam wawancara dengan FMT itu juga Wan Fayhsal dilaporkan berkata berkata secara prinsipnya ahli dan pemimpin Armada Bersatu bersetuju mencalonkan Akmal Zahin sebagai penggantinya, bagaimanapun tidak menghalang sesiapa ingin bertanding.
Katanya, kerjasama dengan Pemuda PAS perlu mendapat komitmen tinggi seperti dilakukannya sejak 2020 sehingga mewujudkan jentera mantap, menyaksikan mereka mencatat keputusan cemerlang di kerusi majoriti pengundi Melayu pada PRU15.
“Jentera Pemuda PN saya bina bersama Pemuda PAS selama empat tahun tidak mempunyai sebarang rasa curiga dan kepercayaan tinggi…saya dah bekerjasama dengan tiga ketua Pemuda PAS sejak di Armada (Pemuda), hasilnya dapat kemenangan besar pada PRU15.
Jadi nak cipta budaya kerja baik ini perlukan masa dan orang berintegriti yang Pemuda PAS tidak rasa sangsi bawa bersama dalam kempen, katanya.
Beliau juga bimbang pemilihan pemimpin bermasalah menyebabkan sukar menjaga pengundi teras PN iaitu Melayu konservatif di kalangan pengundi PAS, Bersatu dan pengundi protes Umno.
Kalau pengundi teras ini kami gagal pegang sebab tak percaya dengan susuk kepimpinan yang bermasalah, kesannya kalah dalam PRU, katanya.
“Saya harap (ketua Pemuda baharu) boleh duduk sama tinggi dengan Akmal sebab kami cuba menarik segmen pengundi sama iaitu anak muda Melayu, jadi perlu orang mempunyai wawasan dan visi melawan kerajaan menindas.
Tak cukup sekadar melalak serta tembak rambang sebaliknya mesti ada strategi, menjuarai dan menjadi jurubicara rakyat, katanya.