Lebih 700 pelari meriahkan Larian Rakan Muda X PUO Fun Run sempena HSN

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

IPOH – Sempena dengan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2024, Politeknik Ungku Omar (PUO) melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menghimpunkan lebih 700 orang peserta menerusi program Larian Rakan Muda X PUO Fun Run dekat sini pada Ahad.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam, Unit Komunikasi dan Hubungan PUO , Sharifah Anita Wafa berkata, larian ini adalah anjuran Sekretariat Rakan Muda PUO dengan kerjasama dari EHEYNS Perak serta Pejabat Belia & Sukan Daerah Kinta.

Menurutnya, pelepasan larian tersebut telah disempurnakan oleh Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak, Khairudin Abu Hanipah.

Turut serta, Timbalan Pengarah Akademik PUO, Norman Zamri, dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Perak, Nor Azah Ahmad Dahalan.

Sharifah Anita berkata, program ini bertujuan mempromosikan gaya hidup aktif, membudayakan dan merakyatkan sukan.

“Di samping itu, meningkatkan tahap kesihatan dalam kalangan masyarakat ke arah negara bersukan untuk kekal sihat.

“Jarak larian sejauh 5 kilometer dengan kit larian yang cantik telah menarik perhatian ramai pelari untuk menyertainya, ”katanya.

“Program larian ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan, ramai yang datang, tidak kira kaum mahupun peringkat umur untuk melakukan aktiviti riadah bersama,”katanya lagi . – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat