PM Umum Banyak Projek Manfaat Rakyat Di Melaka

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mengumumkan beberapa berita baik buat rakyat di Melaka sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia antaranya memperkasa sektor pelancongan di negeri itu menerusi projek Ecotourism Paya Lebar dengan peruntukan RM2.3 juta dan projek menaik taraf Kolam Ayer Panas Gadek sebanyak RM17.9 juta.

Datuk Seri Ismail Sabri juga mengumumkan, kerajaan turut meluluskan beberapa projek Pemulihan, Pemuliharaan, Ubahsuai dan Naik Taraf (PPUN) dengan nilai peruntukan sejumlah RM5.9 juta terhadap fasiliti pelancongan yang tidak digunakan sepanjang tempoh pandemik yang lalu.

“Beberapa bantuan dan inisiatif turut diberi kepada penggiat pelancongan, misalnya pada tahun ini, sebanyak RM1.9 juta telah disalurkan kepada penggiat pelancongan di Melaka termasuk pengusaha inap desa (homestay) dan hotel, pemandu pelancong dan agensi pelancongan.

“Bagi memastikan Keluarga Malaysia terus menikmati infrastruktur yang selesa dan selamat, Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM22.3 juta untuk menyenggara jalan Persekutuan di Melaka,” katanya di Ayer Keroh, Melaka pada Jumaat.

Dalam sektor pendidikan pula, Perdana Menteri mengumumkan terdapat 56 projek baharu dan sambungan di Melaka bagi pembangunan sekolah serta institusi pendidikan dengan kos keseluruhan RM788 juta.

“Dalam bidang kesihatan pula, Jabatan Kecemasan dan Trauma serta Pergigian Pediatrik di Hospital Melaka sedang dinaik taraf.

“Klinik Kesihatan dengan kuarters Simpang Bekoh, Jasin sedang dibina dengan peruntukan RM63 juta dan dijangka siap pada tahun 2023 dan 2024.

“Bagi pembangunan luar bandar, sejumlah RM442 juta diperuntukkan bagi 38 buah projek pembangunan di kawasan luar bandar untuk kelestarian, kesejahteraan dan keselesaan Keluarga Malaysia,” ucapnya.

Manakala bagi golongan berpendapatan rendah di Melaka, kerajaan telah melaksanakan program perumahan rumah mampu milik (RMM) sebanyak 12,876 unit sama ada siap dibina atau dalam perancangan setakat bulan Ogos 2022, kata Ismail Sabri.

“Dalam pada itu, RM929.8 juta diluluskan bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan RM585 juta bagi projek pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) untuk menangani masalah kekurangan bekalan air,” ujar beliau.

Bukan itu sahaja, Perdana Menteri juga memaklumkan fasa pertama bagi Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) di Melaka melibatkan dua lokaliti iaitu Jasin (Melaka Selatan) dan Alor Gajah (Melaka Utara) yang akan memanfaatkan 60 Ketua Isi Rumah (KIR).

“Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pula akan terus ditambah baik yang akan memberi manfaat kepada 8.7 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM7.8 bilion, berbanding 5 juta penerima dengan peruntukan RM5 bilion pada tahun ini. Ini merupakan bantuan tunai yang terbesar dalam sejarah sehingga RM2,500 untuk setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang mempunyai lima orang anak,” kata beliau.

Perdana Menteri menitipkan pesan bahawa pembubaran Parlimen bererti mandat akan dipulangkan kembali kepada rakyat kerana mandat rakyat adalah adalah penawar ampuh bagi menzahirkan kestabilan politik dan mewujudkan kerajaan yang teguh, stabil serta dihormati selepas PRU15.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat