BN “keruh”, punca PAS tak pilih Muafakat Nasional

- Advertisement -

CYBERJAYA: Tan Sri Abdul Hadi Awang menganggap kerjasama yang dijalin antara PAS dan UMNO-BN ibarat “durian mentah” yang boleh menyebabkan seseorang mengalami perut kembung jika dimakan.

Menjelaskan alasan mengapa PAS memilih Perikatan Nasional (PN) berbanding BN, Abdul Hadi berkata partinya tidak dapat menerima parti yang “keruh”.

“Kita (PAS) tak bersama dengan BN kerana ada keruh…. keruhnya masih ada penerima rasuah.

“Lepas tu rakus pula nak perintah lagi. (Padahal) kita baru tolong bantu jatuhkan PH (Pakatan Harapan),” katanya ketika meyampaikan kuliah mingguan di Marang, Terengganu hari ini.

Abdul Hadi berkata demikian sebagai memberi penjelasan berhubung pendirian PAS memilih PN yang ditunjangi parti itu dan Bersatu berbanding Muafakat Nasional (MN) bersama UMNO.

PAS sebelum ini berkali-kali menegaskan mahu mempertahankan ‘agenda perpaduan ummah’ dengan mendamaikan BN dan PN yang bertelagah.

Mengulas lanjut berhubung keputusan PAS semalam, Abdul Hadi hari ini berkata walaupun tindakan itu merupakan jalan sukar tetapi ia adalah yang terbaik buat mereka.

Katanya buat masa ini PAS mahu menjernihkan gabungan mereka bersama PN yang sepakat untuk menolak “pemberi serta penerima rasuah”.

Ahli parlimen Marang itu juga mengakui untuk mencapai kemenangan mudah, UMNO, BN adalah pilihan yang lebih baik buat PAS kerana gabungan tersebut memiliki ramai penyokong.

“Tapi kita tak (boleh) gopoh. Macam buah durian, jangan dikait cepat sangat, kalau tak masak, nanti kembung perut.

“Biar masak betul-betul dulu. Saya tahu ada orang PAS yang tak tahan dah, dah terliur nak makan durian.

“Durian mentah lagi… kena sabar dulu biar masak molek dulu,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat