Bajet 2023 Hanya Boleh Dilaksana Jika BN Menang – Noh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bajet 2023 hanya akan dapat dilaksana sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menteri Pembangunan dan Usahawan, Tan Sri Noh Omar berkata, Bajet 2023 ialah bajet terbesar dalam sejarah negara dan ia hanya akan boleh dilaksana sekiranya rakyat mengundi BN pada PRU15 ini.
 
“Bajet 2023 banyak memberi bantuan segenap lapisan masyarakat termasuk pesawah padi, nelayan, petani dan semua rakyat mendapat manfaat daripada bajet tersebut,” kata Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang.

Bajet 2023 yang berjumlah RM372.3 bi­lion tergantung ekoran pembubaran Parlimen ke-14 yang berkuat kuasa 10 Oktober lepas.

Noh berkata, sekiranya BN menang, sudah tentu bajet itu akan dibentang semula di Dewan Rakyat untuk diluluskan.

“Maka, BN perlu kembali memerintah dan kita bawa semula bajet ini untuk dibahas untuk kita laksanakan dan ditambah baik untuk kepentingan rakyat,” katanya lapor Utusan.

Jelasnya lagi, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob amat prihatin terhadap nasib pesawah dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM1.8 bilion bagi golongan itu.

Katanya, beberapa insentif diperkenalkan semula kerajaan antaranya bantuan RM200 sebulan kepada pesawah untuk tempoh tempoh tiga bulan sementara menunggu musim menuai.

“Skim bantuan RM200 sebelum ini diperkenalkan semasa zaman BN lagi, tetapi semasa Pakatan Harapan (PH) memerintah ia dihapuskan, namun, semasa pentadbiran Ismail Sabri, insentif ini diperkenalkan semula.

“Skim ini secara tidak langsung dapat meringankan beban kehidupan pesawah yang hanya bergantung kepada tanaman padi untuk menyara hidup,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat