Bukan Angkuh, Tapi Berpijak Di Bumi Nyata Kata Zahid Hamidi

- Advertisement -

PETALING JAYA : Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan jawapan dalam satu wawancara baru-baru ini berhubung masa depan Muafakat Nasional (MN) bukanlah satu keangkuhan sebaliknya berpegang kepada realiti semasa dan berpijak di bumi yang nyata.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu kemudian memetik kata-kata sepanjang wawancara tersebut dan antaranya iaitu keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 perlu dihormati dirinya selaku Presiden UMNO.

“Kemudian saya menjawab soalan adakah saya kecewa dengan MN yang pernah dimeterai pada 2019. Saya cakap tidak pernah kecewa sebagai ahli politik. Tetapi kita harus tahu apabila kita berkongsi hidup harus saling percaya mempercayai dan jangan khianat mengkhianati.

“Cukuplah pengkhianatan dilakukan sekali, tetapi kalau telah berulang kali, bukan kepada UMNO tetapi kepada pelbagai pihak, saya fikir itu harus dinilai semula.

“Seterusnya saya menjawab soalan tentang kedudukan MN andai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berlaku dan saya lontarkan pandangan saya. Biarlah UMNO bertanding dengan panji-panji Barisan Nasional (BN) secara solo dan Insya Allah rakyat memilih parti yang terbaik,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Beliau kemudian merujuk satu petikan berita yang mendakwa melontarkan kata-kata kasar seperti yang ditulis dalam tajuk artikel berkenaan.

Menurut Ahmad Zahid, beliau tidak pasti mengapa percakapannya dalam satu wawancara itu ditulis dengan begitu angkuh sekali.

“Malah dengan gambar wajah saya yang disiarkan pada sudut seolah-olah begitu bengis. Insya Allah itu bukanlah nilai yang tepat tentang diri saya,” jelas beliau.

-UTUSAN ONLINE

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat