Bukit Aman Panggil Anwar Esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka hadir ke ibu Pejabat Polis Bukit Aman esok.

Satu sumber berkata, ketua pembangkang itu dipanggil untuk membantu siasatan berhubung penyebaran senarai nama 121 ahli parlimen menyokong pimpinannya dan menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Beliau diminta hadir pukul 3 petang untuk membolehkan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman merekodkan keterangannya.

“Selain itu, setakat ini 74 laporan polis dibuat terhadap Anwar membabitkan Sekyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang mendakwa beliau melakukan pembohongan terhadap Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan Anwar dijangka hadir ke Bukit Aman esok.

“Demikian saya difahamkan beliau dipanggil (esok),” ujarnya. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat