KUALA LUMPUR – Muafakat adalah satu satu jalan membina kekuatan dan kesombongan hanya membawa keruntuhan.
Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Annuar Musa berkata, Umno adalah parti kedua terbesar dari segi jumlah kawasan atau Bahagian.Terdapat 191 Bahagian Umno seluruh negara. Sementara Pas dengan 199 kawasan adalah yang terbesar.
“Dari segi penguasaan kerusi Umno di Parlimen juga besar.Umno mempunyai 27 kerusi merupakan keempat terbesar di belakang Pas, DAP dan PKR.
Sebagai parti besar Umno bebas memilih jalan sendiri, bergerak solo tanpa perlu bergantung pada pihak lain. Itulah antara suara kalangan pemimpin Umno di Perhimpunan Agong Umno (PAU) baru baru ini. Umno adalah “king maker yang hebat” kata mereka.
“Pas dan Perikatan Nasional (PN) juga mengambil pendirian terbuka dan sederhana. Pemimpin Pas mendapat mandat Muktamar untuk mengusahakan perpaduan ummah sebagai jalan membina kekuatan bagi kelompok teras iaitu Melayu Islam serta pihak lain yang tidak ekstrem.
“Waktu untuk “play to the gallery ” sudah tamat. Kita berdepan realiti politik dan berpijak di bumi nyata,” katanya.


