MKT tak pecat sesiapa pun malam tadi – Asyraf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Soal pemecatan ahli UMNO tidak dibangkitkan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu malam tadi.

Ini sekali gus menafikan spekulasi pemecatan ahli parti seperti didakwa seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, soal pemecatan ahli bukan agenda utama mesyuarat tersebut.

“Tak ada apa pun, ia setakat kenyataan media yang ada, isu apa dibangkitkan (Isham), dia pun tak datang jadi tak bangkit apa-apa.

“Tak timbul sebarang isu kerana keputusan tubuh kerajaan dibuat pada 23 November 2022 dan itu keputusan parti, dibuat oleh MKT dan diabsahkan dalam Perhimpunan Agung Umno,” katanya dalam sidang akhbar selepas hadir mesyuarat itu di Menara Datuk Onn malam tad, lapor Utusan.

Pada masa sama, katanya, keputusan dalam MKT adalah konsensus dalam semua perkara.

“Dalam MKT, 56 ahli semua setuju dalam mesyuarat. Cuma ada dua orang pandangan berbeza tapi akhirnya, semua buat ketetapan bersama tidak ada pun timbul isu berbangkit di luar, cuma baru-baru ini sahaja,” katanya.

Katanya lagi, soal status Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis diserahkan kepada Lembaga Disiplin untuk tindakan selanjutnya.

Asyraf Wajdi menjelaskan, Mesyuarat MKT kali ini membincangkan mengenai beberapa perkara antaranya soal penambahbaikan dan pemerkasaan parti berpandukan dapatan bedah siasat (post-mortem) keputusan enam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Katanya, MKT juga bersetuju mengadakan Konvensyen Umno bahagian-bahagian.

Ia memfokuskan aspek pengukuhan organisasi parti dan membumikan kefahaman ahli-ahli parti di peringkat akar umbi mengenai ketetapan-ketetapan dasar yang menyentuh soal prinsip dan hala tuju perjuangan parti Kerajaan Perpaduan.

“MKT turut bersetuju memperkukuh dan memperkasakan lagi hubungan kerjasama UMNO dengan rakan-rakan parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) di semua peringkat.

“Termasuk negeri-negeri dan bahagian-bahagian seluruh Malaysia bagi memastikan kestabilan politik negara dan kemakmuran rakyat melalui Kerajaan Perrpaduan sebagaimana ketetapan MKT sebelum ini,” katanya.

Tambah Asyraf Wajdi, MKT mempertimbang cadangan Perdana Menteri untuk mewujudkan kembali Konvensyen Ekonomi Bumiputera dan Umno menawarkan untuk mengurus-selia penganjurannya sebagaimana pernah dilaksanakan pada 1965 sehingga tertubuhnya MARA setahun kemudian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat