Rakyat mahukan pemimpin kerja keras bukan sekadar iklan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Rakyat mahukan pemimpin yang bekerja keras bukannya pemimpin beriklan.

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berpendapat, pemimpin yang dimahukan rakyat adalah pemimpin yang bekerja keras untuk menyelesaikan masalah rakyat.

“Kita mahukan pemimpin bekerja keras, bukan pemimpin beriklan,” tegasnya dalam kenyataan, semalam.

Salleh berkata, Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang telah berdekad lamanya tertubuh, kunci kekuatan ialah bekerja berpasukan dikepalai seorang pemimpin yang mempunyai semangat yang kuat.

Menurut beliau, akar umbi BN perlu memainkan peranan untuk menerangkan kebaikan BN.

“Jika kita kata, kita tidak pernah membuat kesilapan, itu bohong tetapi semua tahu hanya BN yang terbukti mampu bela rakyat Sabah.

“Sekiranya ada kelemahan, janganlah kita berpecah. Peringkat bahagian teruskan perkukuh akar umbi kerana akar umbi itulah kekuatan kita.

“Insyaallah , kerja keras bersama akan menjanjikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15),” seru Salleh.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat