Bajet 2023: Pahang Anjur Townhall Anak Muda Dapatkan Input

- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang menganjurkan Program Townhall Bajet Anak Muda 2023 bagi mendapatkan input yang terbaik khususnya daripada anak muda.

Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, suara anak muda harus dikepilkan bersama perancangan pembangunan supaya sasaran kemakmuran negeri membenihkan jiwa-jiwa yang cinta negaranya semarak membara.

“Anak muda dan pembangunan negeri harus diseiringkan kerana gunanya pembangunan adalah untuk membina jiwa. Justeru, suara dan hasrat anak muda harus siap dikepilkan bersama perancangan pembangunan supaya sasaran kemakmuran negeri membenihkan jiwa-jiwa yang cinta-negaranya semarak membara.

“Buat julung kalinya, , Program Townhall Bajet Anak Muda 2023 ini diadakan bertujuan mendapatkan input yang terbaik khusus daripada daya fikir dan akal budi anak muda bagi Belanjawan Negeri Pahang 2023.” kata beliau menerusi catatan Facebooknya, pada Rabu.

Menurut Wan Rosdy, sepanjang sesi Townhall itu berjalan, beliau telah mendengar dengan teliti setiap suara anak muda.

Beliau juga kagum di mana isu-isu yang diutarakan berkisar kepada pembangunan sosioekonomi yang lebih mampan untuk golongan tersebut.

Wan Rosdy yakin jika pendapatan hasil negeri meningkat, beliau sebagai Menteri Besar Pahang akan mengusahakan yang terbaik untuk rakyat Pahang khususnya anak muda.

“Sepanjang sesi Townhall, saya mendengar dngan teliti setiap suara anak muda, dan menerbitkan rasa kagum, di mana isu-isu yang diutarakan berkisar kepada pembangunan sosioekonomi yang lebih mampan buat anak muda.

“Insha-Allah, dengan hasil pendapatan negeri yang saban hari meningkat, Kerajaan Negeri sentiasa usahakan yang terbaik untuk rakyat Pahang khususnya anak muda.

“Terima kasih di atas semua sumbangan idea yang ditumpahkan dalam program pada malam semalam.” ujar beliau. -SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat