DBN 2.0 Dapat Maklum Balas Positif Komuniti Bioteknologi Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan melancarkan Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN 2.0) mendapat maklum balas yang positif dalam kalangan komuniti bioteknologi negara.

Ketua Pegawai Eksekutif National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) Prof Datuk Dr Raha Abdul Rahim berkata sewajarnya perhatian dan tumpuan diberikan dalam industri bioteknologi supaya Malaysia tidak terkebelakang dalam konteks kemajuan negara-negara ASEAN.

“Projek MyGenom yang juga diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah amat penting untuk negara dalam menghasilkan genom rujukan bagi kepelbagainan populasi dan etnik Keluarga Malaysia agar dapat memacu initiatif precision medicine bagi rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata NIBM bersedia memikul tanggungjawab bagi melaksanakan projek itu serta semua teras utama DBN 2.0.

Dalam kenyataan sama, Pensyarah Universiti Malaya Dr Rofina Yasmin Othman berkata pelancaran DBN 2.0 menunjukkan komitmen kerajaan yang menyokong sektor ekonomi melibatkan industri bioteknologi.

“Sudah pasti seluruh ekosistem bioteknologi amat gembira dengan pelancaran DBN 2.0. Lots to look forward to!,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Bioeconomy Development Corporation Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak pula berkata pihaknya percaya DBN 2.0 akan memberi nafas baharu kepada industri bioteknologi dan berasaskan bio di Malaysia.

Beliau berharap dapat bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi menambah baik Bil Jaminan BioNexus dan memperkukuh program Pemecutan Berasaskan Bio (BBA) untuk membentuk ekosistem bioteknologi yang lebih dinamik dan berkembang maju di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif GK Aqua Sdn Bhd Giva Kuppusamy pula berkata syarikat akuakultur bioteknologi berstatus Bionexus itu menyahut cabaran untuk mencapai sasaran polisi DBN 2.0, selari dengan ketiga-tiga aspek industri bioteknologi, bakat bioteknologi serta kepentingan penyelidikan.

Semalam, Perdana Menteri melancarkan DBN 2.0 yang memberi tumpuan kepada tiga tunjang utama dalam memperkasakan sektor berkenaan seiring aspirasi menjadikan Malaysia sebagai negara berteknologi tinggi menjelang 2030.

Ismail Sabri berkata tiga tunjang utama itu ialah bioteknologi pertanian dan jaminan makanan; penjagaan kesihatan dan kesejahteraan; serta bioteknologi perindustrian dan ekonomi kitaran. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,499FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat