Teliti semula SOP penggambaran iklan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Persatuan Penerbit Filem Iklan Malaysia (PPFIM) mohon Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) meniti semula prosedur operasi standard (SOP) Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) apabila kurang bersesuaian dengan penggambaran iklan yang hanya mengambil masa singkat, berbanding drama dan filem.

Presiden PPFIM, Khoo Kay Lye berkata, durasi paling maksimum hanya mengambil masa selama tiga hari bagi menjalani penggambaran iklan.

“Kebanyakan penggambaran iklan tidak mengambil masa lama, antara satu sehingga tiga hari sahaja.

“PPFIM sedang mendapatkan maklum balas bersama ahli, sebelum berbincang secara lanjut bersama FINAS bagi memberikan SOP lebih sesuai untuk sektor penggambaran iklan.

“Kami berharap FINAS dapat membantu kami. Ini kerana PPFIM berusaha mematuhi setiap SOP ditetapkan bagi mengelakkan wujudnya kluster anak seni,” katanya kepada BH Online.

Selain itu, Kay Lye memohon FINAS meneliti semula ruang dan kebebasan diberikan kepada pemain dan perakam kandungan digital.

“Kami menyokong 100 peratus SOP kerajaan, tetapi pada waktu yang sama, kami rasa tidak adil apabila ramai pemain menghasilkan kandungan digital di YouTube dan platform digital lain boleh merakamkan kandungan tanpa perlu memohon kebenaran FINAS.

“Ini berbeza dengan kami yang perlu mendapatkan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) Khas.

“Sekiranya SPP Khas sudah diterima barulah kami dapat menjalankan penggambaran, tetapi tidak bagi pemain menghasilkan kandungan digital yang mempunyai pasukan penggambaran, tetapi boleh merakamkan kandungan digital tanpa syarat,” katanya.

 

PPFIM rasa tidak adil apabila ramai pemain menghasilkan kandungan digital di YouTube dan platform digital lain boleh merakamkan kandungan tanpa perlu memohon kebenaran FINAS.
PPFIM rasa tidak adil apabila ramai pemain menghasilkan kandungan digital di YouTube dan platform digital lain boleh merakamkan kandungan tanpa perlu memohon kebenaran FINAS.

 

Katanya, sepatutnya peraturan perlu dipatuhi oleh semua pemain industri yang mahu merakamkan kandungan, tidak kiralah digital mahupun sebaliknya.

“Jadi, kerajaan harus meneliti semula perkara ini supaya ada peraturan yang selaras. Sukar untuk dikesan sekiranya wujud kluster dalam kalangan mereka kerana tiada SPP Khas dimohon terlebih dahulu.

“PPFIM bekerjasama dengan FINAS, disebabkan itu kami berharap semua penggiat seni tidak terkecuali,” katanya.

Kay Lye turut meluahkan perasaan gembira apabila penggiat seni boleh kembali bekerja bagi menjana pendapatan.

Katanya, dia berterima kasih kepada kerajaan akhirnya dapat kembali menjalani aktiviti penggambaran selepas hampir lima bulan tiada sumber pendapatan.

“Kami sudah berbulan-bulan tidak dapat bekerja, jadi ini adalah berita baik untuk penggiat seni. Sebelum ini, saya pernah menyuarakan perkara ini dengan menghantar surat kepada bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

“Jadi, kami bersyukur apabila luahan mendapat perhatian kerajaan,” katanya.

Kay Lye berkongsi, mereka kini sudah memulakan proses pra produksi untuk memulakan penggambaran iklan.

“Kami sudah memaklumkan kepada pelanggan penggambaran iklan sudah boleh dimulakan dan kami dalam proses membuat persiapan.

“Kini, kami sudah boleh menjalankan penggambaran iklan dalam dan luar studio,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat