KOTA KINABALU – Parti Warisan Sabah (Warisan) didakwa telah ‘merampas’ hak milik rakyat negeri itu apabila mendirikan mendirikan monumen dengan logo parti itu di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.
Perkara itu disuarakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau mendesak rakyat negeri di bawah bayu itu untuk bangkit pada 26 September ini menukar semula kerajaan yang dikemudi Warisan.
“Bangunan apa ini? Inilah dia Pejabat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah.
“Hak milik rakyat negeri Sabah. Sabah ini Warisan punya atau rakyat punya?,” tulis Najib di Facebooknya, hari ini.
- Saya Ada Di Sabah, Kata Najib Selepas Shafie Mengadu Kepada Mahathir
- Kempen Warisan Tolak Kuala Lumpur, Jadi Bahan Jenaka
Kata Ahli Parlimen Pekan itu, adalah amat membimbangkan apabila mendengar orang Pakatan Harapan (PH) dan Warisan cakap: “Sabah kita punya”.
“Jika ini maksudnya, tidak mengapalah. 26 September ini. Sabah bangkit.
“Kita robohkan penghinaan terhadap rakyat ini. Kita kembalikan kegemilangan Sabah.
“Kita merakyatkan semula kerajaan Sabah. Kuasa di tangan rakyat, bukan Warisan. Sabah ini rakyat punya, bukan Warisan” tegas beliau.