Tunggu siasatan MCMC, Anwar terbuka mohon maaf kepada Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk memohon maaf kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan bahawa Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu mempertahankan pemberian subsidi kepada warga asing.

Bagaimanapun, Anwar memberitahu Parlimen bahawa beliau masih menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi menentukan sama ada sumber maklumat yang dirujuk itu palsu atau sebaliknya.

“Saya tiada masalah, kalau dipastikan tidak ada sumber yang sahih, itu satu kesilapan, saya tak ada masalah (untuk memohon maaf).

“Tolong siasat 1,2,3 ni apakah sahih, kalau tak sahih maka kenyataan itu memang tak benar, tapi tunggu keputusan MCMC dulu,” katanya.

Anwar menjawab pertanyaan Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang meminta penjelasan apakah dia akan memohon maaf kepada Muhyiddin.

Minggu lalu, Anwar mendakwa di Parlimen bahawa Presiden Bersatu itu mempertahankan pemberian subsidi minyak kepada warga asing dengan alasan mereka turut menyumbang kepada negara.

Ahli Parlimen Tambun itu juga turut menegur Rosol kerana tidak mengetahui kenyataan pemimpin Bersatu tersebut.

Muhyiddin menafikan perkara itu sebelum Anwar kemudian mengarahkan MCMC menjalankan siasatan yang menumpukan kepada sebuah video TikTok.

Perkara itu mencetuskan persoalan mengenai kemungkinan Anwar memperoleh maklumat palsu yang disebarkan menerusi satu video TikTok.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat