Penyerang anak Rafizi guna nombor plat palsu, polis giat buru – polis

KUALA LUMPUR – Polis sedang buru dua individu disyaki terlibat dalam kes anak lelaki Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada Rabu.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata, setakat ini, polis belum mengenal pasti dua suspek berkenaan.

“Setakat ini, penyerang masih kekal dua individu dan belum dikenal pasti.

“Siasatan lanjut mendapati dua individu terbabit dikesan menaiki motosikal yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Kita juga sedang mendapatkan keterangan saksi dan petunjuk yang ada di kawasan kejadian,” lapor Sinar Harian pada Khamis.

Shazeli berkata, pihaknya juga sedang menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital.

“Kita masih belum mengenal pasti cecair yang didakwa digunakan dalam jarum suntikan dalam kejadian terbabit.

“Anak Rafizi telah dibenarkan keluar dari hospital semalam,” katanya.

Menurutnya, polis sedang menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut.

“Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 352 dan 324 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak,” katanya.

Pada Rabu, dalam kejadian pada jam 1.45 petang itu, anak bekas Menteri Ekonomi berusia 12 tahun itu, difahamkan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.

Shazeli dilaporkan berkata, kejadian berlaku di tempat menurunkan dan mengambil penumpang di pusat beli-belah berkenaan.

Sementara itu, Rafizi dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan anaknya diserang dengan cara diheret dan disuntik dengan jarum suntikan di pusat beli-belah tersebut.

Rafizi berkata, kejadian berlaku ketika beliau, isteri dan anaknya mahu memasuki kereta untuk meninggalkan pusat membeli belah berkenaan.

Menurutnya, serangan tersebut melibatkan dua orang lelaki yang berpakaian hitam sepenuhnya dan bertopi keledar yang menutup muka keseluruhannya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat