KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar hari ini mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor bagi membincangkan pelbagai perkara berkepentingan bersama.
“Saya sentiasa menekankan betapa pentingnya hubungan erat dan kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, khususnya Sabah dan Sarawak.
“Ini bakal membantu menjayakan agenda nasional berteraskan pembangunan yang inklusif dan seimbang demi kemajuan bersama seluruh rakyat Malaysia,” katanya.



