Kelab Bola Sepak Arab Saudi Tawar £250 Juta Untuk Dapatkan Ronaldo

- Advertisement -

LONDON – Cristiano Ronaldo dilaporkan diberi tawaran ‘megadeal’ paling lumayan dalam sejarah perpindahan iaitu £250 juta (RM1.31 bilion) untuk menamatkan kariernya di Arab Saudi.

Susulan masa depan bintang Manchester United dari Portugal itu tidak menentu, sebuah kelab dari Arab Saudi yang tidak dinamakan telah menawarkan pemain berusia 37 tahun itu sejumlah wang tunai semewah itu untuk menariknya menyertai mereka.

CNN Portugal mendedahkan, kelab tersebut bukan hanya membayar Manchester United yuran perpindahan sekitar £25 juta (RM131.35 juta) untuk menandatangani Ronaldo, malah mereka menawarkannya gaji dalam lingkungan £105 juta (RM551.69 juta) semusim untuk dua tahun.

Tawaran itu muncul selepas Chelsea dan Paris Saint-Germain (PSG), dua kelab yang dikaitkan berkemampuan untuk membeli Ronaldo telah menolak peluang untuk menandatanganinya pada jendela perpindahan semasa.

Pakej lumayan tersebut turut termasuk £20 juta (RM105.08 juta) komisyen untuk ejen Ronaldo, Jorge Mendes.

Terdahulu, United telah membayar £12.85 juta (RM67.52 juta) kepada Juventus untuk membawa Ronaldo pulang semula ke Old Trafford pada musim panas lepas dan menawarkan dua tahun kontrak dengan pilihan lanjutan setahun.

Meskipun Ronaldo berjaya menjaringkan 24 gol dalam kesemua pertandingan, United masih mengharungi musim yang sukar dan hanya layak beraksi ke Liga Europa musim depan selepas menduduki tangga keenam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Situasi itu dikatakan menjadi punca Ronaldo meminta untuk dijual pada jendela perpindahan ini jika menerima tawaran sesuai meskipun pengurus baharu, Erik ten Hag menegaskan, Ronaldo bukan untuk dijual.

Ronaldo ketika ini tidak bersama skuad United yang melakukan jelajah pramusim di Asia dan Australia atas dasar urusan peribadi.

Ten Hag juga enggan membincangkan masa depan Ronaldo apabila ditanya pada sidang akhbar sebaik tiba di Melbourne untuk mengharungi dua perlawanan pramusim.

“Kami sudah membuat kenyataan dan tiada apa yang berubah,” kata Ten Hag menjelang perlawanan persahabatan menentang kelab A-League, Melbourne Victory pada esok hari. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat