Lelaki Didakwa Cabul Lebih 300 Kanak-Kanak Di Indonesia

- Advertisement -

JAKARTA: Seorang pesara warga Perancis mungkin berdepan hukuman mati di Indonesia selepas didakwa mencabul lebih 300 kanak-kanak dan memukul mereka yang enggan melakukan hubungan seks dengannya.

Polis, pada Khamis lalu memaklumkan, mereka menahan Francois Camille Abello, 65, bulan lalu di sebuah hotel di Jakarta, di mana mereka menemui dua kanak-kanak perempuan bawah umur di biliknya.

Abello berdepan hukuman penjara seumur hidup atau hukuman ditembak mati oleh skuad penembak jika bersabit kesalahan di bawah undang-undang perlindungan kanak-kanak Indonesia, termasuk tuduhan merakam jenayahnya itu.

Polis berkata, mereka menemui video dalam komputer riba Abello yang menunjukkan dia melakukan perbuatan seks haram dengan ratusan kanak-kanak berusia antara 10 dan 17 tahun.

Ketua Polis Jakarta, Nana Sudjana, berkata pesara itu memasuki Indonesia menggunakan visa pelancong beberapa kali sejak lima tahun lalu.

“Dia akan mendekati kanak-kanak dan memancing mereka dengan menawarkan pekerjaan sebagai model.

“Sesiapa yang bersetuju melakukan hubungan seks dengannya akan dibayar antara 250,000 dan satu juta rupiah (RM70 hingga RM300).

“Sesiapa yang enggan pula akan dipukul, ditampar dan ditendang suspek,” katanya kepada pemberita Khamis lalu.

Polis berkata, mereka percaya Abello sudah mencabul kanak-kanak Indonesia selama bertahun-tahun dan kemungkinan lebih ramai mangsa terbabit.

– AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat