Laptop kala pandemik

- Advertisement -

SEPANJANG tempoh tiga bulan rakyat negara ini menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak Covid-19, wujud permintaan yang tinggi untuk peranti mudah alih bagi memboleh pengguna meneruskan pekerjaan atau pembelajaran di rumah.

Perkara berkenaan terbukti benar apabila berlaku peningkatan tekanan Internet sepanjang tiga bulan lalu dan ia jelas menunjukkan bahawa pengguna yang sudah bekerja meneruskan tugasan produktiviti mereka di rumah manakala pelajar meneruskan aktiviti pembelajaran di atas talian dengan pengenalan kelas online.

Melihat kepada aspek permintaan laptop khususnya, wujud permintaan yang tinggi membabitkan beberapa jenama utama yang berada di pasaran dan perkara itu direkodkan oleh kumpulan iPrice iaitu firma pengendali carian meta yang beroperasi di tujuh negara antaranya Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia.

Menerusi kajian berkenaan, iPrice melakukan perbandingan permintaan untuk segmen laptop di negara ini wujud peningkatan paling drastik untuk tempoh berkenaan.

Data kajian yang diperoleh iPrice merekodkan peranti keluaran HP adalah paling popular dengan rekod carian 1,326 peratus diikuti Acer sebanyak 836 peratus dan MSI sebanyak 650 peratus.

Jurucakap iPrice memaklumkan bahawa pihaknya melakukan penelitian data berkenaan dan menunjukkan peningkatan paling drastik untuk tempoh tiga bulan berkenaan dan ia mungkin dipengaruhi oleh kempen promosi yang dilaksanakan jenama terbabit.

“Pada tempoh berkenaan, HP melaksanakan kempen kerjasama untuk mendermakan laptop kepada keluarga yang tidak berkemampuan pada waktu itu.

WUJUD permintaan tinggi untuk laptop bagi membolehkan pengguna meneruskan pekerjaan atau pembelajaran di rumah. - FOTO Google
WUJUD permintaan tinggi untuk laptop bagi membolehkan pengguna meneruskan pekerjaan atau pembelajaran di rumah. – FOTO Google

“Selain itu, Acer Malaysia mengumumkan peranti kelas permainan mereka pada awal April lalu dan turut melaksanakan kempen cabaran permainan untuk mengajak masyarakat awam turut membantu keluarga yang tidak berkemampuan.

“Jenama MSI pula membuka pakej pratempahan untuk produk kelas permainan mereka pada April lalu dan ini mungkin mendorong carian untuk jenama berkenaan meningkat,” katanya.

Menurutnya, data terperinci yang diperoleh juga memperlihatkan segmen jenis laptop yang sering menjadi carian umum dan Acer Predator Helios 300 mencatatkan jumlah carian tertinggi iaitu 5,813 peratus, HP Elitebook sebanyak 4,276 peratus, HP Pavilion (4,269 peratus), Lenovo Yoga (1,580 peratus) dan Acer Swift (990 peratus).

Segmen laptop permainan mendominasi carian iaitu empat daripada lima produk utama dan ia dipercayai digunakan untuk tujuan produktiviti harian termasuk tugasan peribadi sepanjang tempoh berkenaan.

KEBANYAKAN pengguna lebih cenderung membeli laptop kelas permainan. - FOTO Google
KEBANYAKAN pengguna lebih cenderung membeli laptop kelas permainan. – FOTO Google

iPrice juga mendapati ‘kaki games’ dalam kalangan rakyat negara ini lebih cenderung untuk memiliki laptop kelas permainan untuk kategori pertengahan yang dilihat lebih ‘mesra poket’ pengguna.

Rekod data menunjukkan peningkatan laptop Acer Predator Helios 300 sebanyak 5,813 peratus diikuti MSI sebanyak 983 peratus dan ASUS ROG (900 peratus).

Ia juga banyak disumbangkan oleh faktor harga dan spesifikasi yang ditawarkan dan Acer menawarkan produk yang lebih baik dengan tanda harga yang sangat berpatutan berbanding jenama lain.

Semua data yang diperoleh juga menunjukkan peningkatan yang besar untuk permintaan laptop kelas permainan dan ia menunjukkan bahawa kebanyakan pengguna tempatan sudah semakin celik dengan laptop kelas permainan yang turut berkeupayaan tinggi untuk melakukan tugasan produktiviti termasuk sintesis video.

HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat