DUN Kelantan Bubar 22 Jun – MB

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dibubar Khamis 22 Jun 2023.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob mengumumkan pembubaran itu setelah mengadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bagi memohon ampuni perkenan untuk membubarkan Dewan Negeri Kelantan Bagi Penggal ke-14.

“Bahawasanya, menurut Fasal (2) Perkara 46 Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Pertama) memperuntukan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia boleh memberhenti atau membubarkan Dewan Negeri.

“Maka oleh yang demikian, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V dalam menjalankan kuasa yang diberikan di bawah Fasal (2) Perkara 46 Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Pertama) telah mengampuni perkenan untuk membubarkan Dewan Negeri Kelantan pada hari Khamis 3 Zulhijjah 1444H bersamaan 22 Jun 2023,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pembubaran ini memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat