Vaksinasi: Penyertaan Masih Dibuka Untuk Pengamal Perubatan Swasta Sumbang Khidmat – Dr Adham Baba

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghargai komitmen dan sumbangan pelbagai pihak dalam usaha menangani pandemik Covid-19, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba hari ini.

Dr Adham berkata, pengamal perubatan swasta juga turut menyumbang perkhidmatan mereka dengan cara berkhidmat sebagai sukarelawan menyampaikan perkhidmatan di fasiliti kesihatan.

“Kerajaan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada Mac 2020 telah bersetuju untuk menawarkan bayaran perkhidmatan kepada pengamal perubatan swasta sebagai penghargaan bagi sumbangan diberikan,” katanya.

Menurut beliau, selaras dengan usaha Kerajaan untuk memperluaskan saringan COVID-19 dan mempercepatkan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Kerajaan masih lagi membuka penyertaan pengamal perubatan swasta khususnya untuk berkhidmat di Pusat Saringan Covid-19 dan Pusat Pemberian Vaksinasi mengikuti lokaliti berhampiran di seluruh negara.
.
“Penyertaan ini selaras dengan pendekatan whole of government, whole of society dan diharapkan akan mempercepatkan lagi usaha Kerajaan untuk memastikan pencapaian status herd immunity dan seterusnya berjaya melandaikan keluk penularan pandemik Covid-19 di negara ini,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat