4,949 Kes Baru Covid-19, 6,588 Pulih & 60 Kematian Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Malaysia kekal mencatatkan penurunan jumlah kes sembuh Covid-19 iaitu 6,588 kes berbanding semalam, 8,163 kes sekali gus kekal mengatasi kes positif yang menunjukkan penurunan kes iaitu 4,949 kes berbanding semalam, 5,304 kes.

Selangor mencatatkan semula penurunan kes positif iaitu 1,523 kes berbanding semalam, 1,983 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 60 kematian manakala kes aktif menunjukkan penurunan iaitu 71,625 kes berbanding semalam, 73,324 kes.

Katanya, sebanyak 921 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 459 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selain Selangor yang terus menjadi penyumbang terbesar kes positif harian diikuti Sarawak (744), Kuala Lumpur (503), Johor (430), Negeri Sembilan (323), Sabah (273) manakala Pulau Pinang dan Kelantan, masing-masing 214 kes.

“Baki enam negeri dan dua wilayah merekodkan kes di bawah 200 kes iaitu Kedah (199), Perak (136), Melaka (119), Labuan (113), Terengganu (86), Pahang (61), Putrajaya (10) manakala Perlis hanya satu kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat