Polis Buru Lima Lagi Suspek Kes Belasah dan Samun Pembantu Kedai

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lima suspek lelaki disyaki terlibat dalam jenayah melibatkan sekumpulan lapan lelaki bersenjata yang membelasah dan menyamun seorang pembantu kedai di Klang baru-baru ini diburu polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kelima-lima suspek yang masih bebas itu mempunyai rekod jenayah lampau dan dikehendaki pihak berkuasa.

Semasa kejadian sekitar pukul 3 pagi Sabtu lalu, pengadu berusia 21 tahun berada di pejabat bersama majikannya.

“Tiba-tiba mereka didatangi lapan suspek lelaki yang meluru masuk pejabat dan terus memukul mangsa menggunakan senjata seperti batang besi, rantai besi dan kerusi.

“Suspek turut mengambil dua utas rantai emas milik bapa mangsa dan mengambil kad debit bank miliknya sebelum melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah Shamsul Amar, siasatan juga mendapati kesemua suspek telah melakukan transaksi pindahan sejumlah wang dari akaun mangsa.

Menurutnya, bertindak atas laporan mangsa dan maklumat yang diperoleh, pada hari sama kejadian sekitar pukul10.50 malam sepasukan polis dari IPD Klang Selatan telah berjaya mengesan dan menangkap tiga lelaki tempatan di sekitar kawasan Klang yang disyaki terlibat.

Ketiga-tiga suspek berusia 25, 26 dan 35 tahun manakala suspek berusia 26 tahun itu memiliki enam rekod kesalahan jenayah lampau di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan sementara suspek berusia 25 tahun itu mempunyai enam rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 506, 324, 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 dan Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 4 ADB (PH) 1988.

“Malah polis berjaya merampas sebatang besi vakum, satu dekoder kamera litar tertutup dan satu telefon bimbit jenis Iphone 12 Pro Max yang disyaki disamun dari mangsa.

“Siasatan awal, kesemua suspek mengaku terlobat dalam jenayah samun yang disiasat polis dan ketiga-tiganya telah dihadapkan dan direman sehingga 17 Jun ini di Mahkamah Majistret Klang hari ini,” katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, polis telah melancarkan pemburuan lima lagi suspek yang dikehendaki polis dalam kes berkenaan.

Lima suspek berkenaan yang sedang dikesan adalah Siva atau nama sebenar Sivasanggar Jaganathan, 33, Guna, 32 (Gunasegaran Santhanasamy), [email protected] Loganathan Rethinam, 35, Anba (Edwin Prakasan), 30, dan Noku (Nokarju Maniveloo),25.

Katanya kelima-lima suspek mempunyai rekod jenayah lampu di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,548FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat