Wanita Sikh Pertama Tamat Pengajian Di West Point

- Advertisement -

AMERIKA SYARIKAT: Leftenan Kedua Anmol Narang, mencatat sejarah sebagai wanita Sikh pertama yang menamatkan pengajian di West Point – pusat pengajian yang melahirkan graduan universiti untuk angkatan tentera negara tersebut.

Datang dari generasi kedua imigran, Marang lahir dan dibesarkan di Roswell, Georgia 23 tahun yang lepas.

Kejayaan menamatkan pengajian di West Point merupakan satu sejarah yang tersendiri dalam kalangan komuniti Sikh di Amerika.

Biarpun sudah ada beberapa dari kalangan anggota komuniti tersebut yang menamatkan pengajian di West Point sebelum ini, kejayaan Narang disahkan sebagai yang pertama di mana dia dibenarkan mengamalkan ajaran Sikh seperti tidak memotong rambut semasa menjalankan pengajian di sana.

Ini berikutan satu undang-undang yang diluluskan pada tahun 1987 oleh Senat Amerika yang melarang beberapa amalan keagamaan, termasuk Sikh dari dipraktiskan dalam perkhidmatan tentera negara berkenaan.

Undang-undang berkenaan bagaimanapun dimansuhkan pada tahun 2017 hasil perjuangan 8 tahun komuniti Sikh di negara tersebut.

Anmol yang menamatkan pengajian dalam pengajian kejuruteraan nuklear akan menyempurnakan kursus asas pegawai di Fort Still sebelum ditugaskan di Okinawa, Jepun – CNN

– terjemahan SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat