Musim Monsun Barat Daya berterusan sehingga September ini – KP METMalaysia

Oleh Zihan Zari

PETALING JAYA – Musim Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 14 Mei 2026 dan akan berterusan sehingga September ini berikutan keadaan angin yang diramal mula bertiup secara konsisten dari arah barat daya ke rantau negara, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (METMalaysia), Dr. Mohd Hisham Mohd Anip.

Beliau berkata sepanjang musim ini, kadar kelembapan udara lazimnya adalah rendah menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan di kebanyakan tempat.

“Negara akan menerima hujan yang lebih rendah berbanding bilangan hari hujan. Walau bagaimanapun, hujan lebat berserta angin kencang dan ribut petir masih boleh berlaku di kawasan barat Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah, terutamanya pada awal pagi berikutan kehadiran fenomena garis badai (squail line).

“Ia merupakan barisan ribut petir yang terbentuk di perairan Selat Melaka sebelum bergerak ke kawasan daratan akibat daripada penumpuan angin dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam,”katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, semasa kemuncak musim ini pada Julai hingga September, fenomena jerebu setempat dan rentas sempadan boleh berlaku sekiranya aktiviti pembakaran terbuka tidak terkawal.

Ujarnya, sebarang pembakaran terbuka perlu dielak bagi menghindar bencana jerebu yang boleh mencemarkan alam sekitar. Orang ramai juga disaran menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh ini berikutan taburan hujan yang sedikit.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini yang sahih melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi METMalaysia serta menghubungi Hotline 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut,”ujarnya lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat