Jom kita sepakat, Annuar pelawa Rafizi sertai PN

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa menjemput Datuk Seri Rafizi Ramli untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) yang secara dasarnya memperjuangkan penyatuan ummah.

Jemputan beliau itu atas kapasitinya sebagai Ketua Penerangan PN.

“Rafizi Ramli akan umum hala tuju baru politiknya bersama Nik Nazmi.

“(Manakala) Datuk Seri Hamzah Zainudin juga mempunyai rancangan ‘reset’nya.

“Parti parti pembangkang ada kerjasama longgar melalui Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) melibatkan Berjasa, Pejuang,Iman,POA. Kita ada MUDA dan lain-lain lagi.

“Sekretariat Orang Melayu (SOM) ada usaha ke arah penyatuan Melayu,” katanya.

Menurut AJK Pas Pusat itu lagi, Umno juga banyak bercakap tentang perpaduan dan penyatuan Melayu.

“Namun PN mahukan penyatuan ummah.

“Saya mencadangkan kita semua duduk semeja dan melakar roadmap baru untuk negara.

“Ketepikan semua perkara lain,kita tumpu pada agenda besar. Kita bawa harapan baru untuk Malaysia,” seru beliau.

Dalam pada itu, Annuar memaklumkan, PN terus diperkukuh melalui muafakat.

“Pas, Bersatu, Gerakan,MIPP menjadi asas. Pintu dibuka kepada lebih banyak parti menjadi anggota.

“PN juga mengintai muafakat rentas gabungan membabitkan BN,GPS,GRS,Warisan.

“Pengerusi PN Datuk Seri Samsuri Mokhtar seorang yang sangat terbuka dan memandang jauh demi masa depan negara.
Beliau telah menggariskan bahawa PN harus membawa kelainan.

“Fokus kepada pendekatan “policy driven”. Utamakan integriti, transformasi, unity dan prestasi.

“Satu roadmap baru sedang kita siapkan di bawah bimbingan Pengerusi PN,” ujar Annuar.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat